“Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.”

Alhamdulillah kita semua masih lagi berupaya untuk melakukan kebaikan, masih mampu melakukan amal jariah kerana Allah. Mungkin ada antara kita yang kadang kala tidak terdaya untuk berbuat baik kepada orang lain dek kerana uzur ataupun kurang upaya dan bermacam-macam sebab lagi. Jadi, kepada sesiapa yang masih berupaya untuk melakukan kebaikan, berlumba-lumbalah selagi termampu. InsyaAllah semoga apa yang kita kerjakan itu tidak sia-sia.

Sekejap.. kita tak boleh baik sangat? Kenapa? Buat baik perlu berpada-pada? Kenapa pula? Kenapa ada batasan dalam membuat perkara yang baik? Sahabat semua ada jawapan tak untuk soalan tu? Saya pun tak berapa pasti kenapa perlu macam tu. Jika kita dilarang untuk berbuat kejahatan, “buat jahat jangan sekali”, itu memang betul lah.. Cuma, kenapa kalau berbuat baik perlu berpada-pada? Dari mana lah agaknya datang prinsip seperti itu, kan?

Apa pun, sahabat.. Mungkin ada antara kita yang sudah pun terbiasa dengan pegangan seperti itu. Mungkin ada antara mereka yang fikir, apabila kita berbuat baik kepada orang melebih-lebih, mungkin orang akan memijak kepalanya ataupun paling-paling orang akan mengambil kesempatan kepadanya. Kepercayaan itu haruslah dibuang jauh-jauh. Kenapa pula kita harus takut diambil kesempatan dan dipijak kepala? Dan orang yang dibuat baik itu, kenapa mahu mengambil kesempatan terhadap orang yang berbuat baik kepadanya dan mahu memijak kepalanya? Memang ada diajarkah di dalam agama kita? Astaghfirullah….

Sahabat, kita semua tidak perlu risau tentang risiko dipijak kepala dan diambil kesempatan oleh orang lain apabila melakukan perkara baik kepadanya. Tahu tak kenapa? Sebab, dalam agama kita, kita tidak disuruh untuk mengehadkan perbuatan baik. Taburkanlah segala kebaikan kepada sesiapa pun tanpa perlu berpada-pada. Bukankah itu lebih baik?

Kita janganlah risau sekiranya memang ada antara mereka yang cuba mengambil kesempatan terhadap kita. Minta pertolongan dari Allah supaya diperbetulkan niatnya dan berubah menjadi seorang yang tahu menghargai kebaikan sahabat kepadanya. InsyaAllah… Mungkin suatu ketika nanti dia akan berubah… Allah kan ada..

Dan kepada mereka yang mungkin terambil kesempatan atas kebaikan orang lain dan sebagainya, diharap agar janganlah melakukan hal seperti itu. Cubalah hargai kebaikannya dan jangan sesekali pijak kepalanya. Cuba bayangkan jika kita berada di tempatnya. Kita telah berbuat satu kebaikan terhadap orang lain dan akhirnya dia bukan sahaja tidak menghargai kita bahkan dia pijak kepala kita. Apa yang kita akan rasa? Mesti kita tidak suka kan, diperlakukan macam tu? Jadi, apabila hendak melakukan sesuatu terhadap orang lain, cubalah letak diri kita di tempatnya dan cuba kita rasa bagaimana perasaaannya apabila diperlakukan seperti itu. Jika baik, maka teruskanlah.. Jika sebaliknya, tumbuk dada, tanyalah iman.


InsyaAllah sahabat.. Jika prinsip “buat baik berpada-pada” itu dibuang dari minda setiap kita, insyaAllah kita semua akan hidup dalam keadaan yang saling menghargai. Ingat sahabat, kehidupan kita ini, kita tidak akan terlepas daripada bergantung kepada pertolongan orang lain pada sesetengah waktu. Kadang-kala kita perlu meminta pertolongan dari orang lain. Sebaliknya, jika kita pernah memijak kepala orang dan mengambil kesempatan terhadap orang lain, masih adakah yang mahu menolong kita? Jadi, fikir-fikirkan dan renung-rengungkanlah tentang perkara tersebut. Semoga kita semua boleh berubah menjadi lebih baik dan tiada lagi yang takut untuk berbuat baik dan tiada lagi yang membalas kebaikan orang kepadanya dengan sesuatu yang tidak baik. InsyaAllah…
“Jangan baik sangat, nanti orang pijak kepala.”

Sahabat semua pernah tak dengar ayat tu? Atau mungkin pernah tak ada antara sahabat yang diucapkan ayat tu oleh orang lain? Atau mungkin sahabat sendiri yang ucapkan ayat tu terhadap orang lain? Hmmm… Apa yang ada dengan ayat tu ya, sahabat? Betul atau salah? Ada tak antara sahabat yang setuju dengan statement tu? Kalau setuju, apa sebabnya? Dan yang tak setuju tu pulak, apa sebabnya? Jadi, jom kita tengok apa yang ada dengan ayat tu.

Ok, pertama sekali kita tengok balik apa maksud di sebalik ayat tu dan apa sebenarnya yang disuruh oleh ayat tu. Jika difahamkan, mungkin tujuannya adalah untuk mengingatkan kita bahawa jangan terlalu baik dengan sesiapa pun dan kalau hendak berbuat baik, jangan sesekali melebih-lebih. Dan, menurut ayat tu lagi, kalau kita berbuat baik melebih-lebih, orang akan pijak kepala kita ataupun dalam kata yang lain, orang mungkin akan menindas kita atau mengambil kesempatan atas kebaikan kita. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh ayat tersebut. Itu pun kalau tak salah saya la…

Sahabat yang dikasihi Allah,

Sebenarnya, apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, perlukah kita mengehadkan perbuatan baik kita kepada orang lain? Perlukah untuk kita bimbang akan balasan buruk daripada orang setelah kita berbuat kebaikan kepada orang tersebut? Perlukah semua itu?

Cuba kita renungkan balik apa yang diajar oleh baginda Rasulullah S.A.W dan apa yang diperintahkan oleh Sang Maha Pencipta. Bukan sahaja Islam, malah agama lain juga turut menyuruh penganutnya berbuat kebaikan. Di dalam Islam juga, kita disuruh berbuat kebaikan dan mengekalkan hubungan baik sesama manusia. Bahkan Rasulullah juga turut berbuat kebaikan walaupun dibalas kejahatan.

Cuba kita renungkan kembali, bagaimana ketika Rasulullah menyampaikan ajaran agama Islam suatu ketika dahulu. Baginda cuba menyampaikan dakwahnya dengan segala kebaikan yakni baginda sertakan dengan sifat-sifat mulianya. Namun, baginda dihujani dengan segala bentuk halangan. Difitnah, ditohmah, dicaci, dihina, bahkan ada juga saat yang baginda turut dibaling dengan najis unta. Sebaliknya, adakah baginda  menghentikan segala sifat baiknya itu dan membalas perbuatan mereka itu dengan kejahatan?

Jika dilihat dari bentuk halangan dan ujian yang terima oleh baginda ini, jika digambarkan dengan kata-kata, baginda bukan sahaja dipijak kepala, malah lebih teruk dari itu. Tapi, Rasulullah tidak pun pernah berkata bahawa baginda tidak boleh terlalu baik, takut nanti dipijak kepala. Rasulullah sekali pun tidak pernah bepegang pada prinsip tersebut.

Malah, Islam juga tidak megajar penganutnya untuk mengehadkan tahap kebaikannya terhadap orang lain. Tetapi Islam menyuruh kita semua saling menjaga hubungan baik antara kita. Jika semua orang berbuat baik sesama sendiri, akan ada kah orang yang memijak kepala? Tumbuk dada, tanya iman.

Sahabat yang saya sayangi kerana Allah,

Apa kata kalau kita semua berubah. Kepada mereka yang percaya dengan ayat tersebut, tidak salah. Tapi, apa kata kalau kita tukar sedikit ayat tu dan kemudian kalau hendak dijadikan prinsip hidup sekali pun, silakanlah.. Mungkin ayat tu patut berbunyi seperti ini: 


Kalau ada orang yang berbuat baik kepada kita, janganlah pijak kepalanya.”



Bukankah lebih sedap maksudnya? Dan, bukankah itu yang lebih disuruh dalam ajaran agama kita? Jika semua orang berpegang pada ayat yang kedua itu, InsyaAllah.. umat manusia akan hidup dalam keadaan yang aman dan tiada siapa akan memijak kepala sesiapa pun, tiada siapa yang akan dipijak kepala, dan kita semua akan hidup saling menyayangi. InsyaAllah….