“Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.”
Alhamdulillah kita semua masih
lagi berupaya untuk melakukan kebaikan, masih mampu melakukan amal jariah
kerana Allah. Mungkin ada antara kita yang kadang kala tidak terdaya untuk
berbuat baik kepada orang lain dek kerana uzur ataupun kurang upaya dan
bermacam-macam sebab lagi. Jadi, kepada sesiapa yang masih berupaya untuk
melakukan kebaikan, berlumba-lumbalah selagi termampu. InsyaAllah semoga apa
yang kita kerjakan itu tidak sia-sia.
Sekejap.. kita tak boleh baik
sangat? Kenapa? Buat baik perlu berpada-pada? Kenapa pula? Kenapa ada batasan
dalam membuat perkara yang baik? Sahabat semua ada jawapan tak untuk soalan tu?
Saya pun tak berapa pasti kenapa perlu macam tu. Jika kita dilarang untuk berbuat
kejahatan, “buat jahat jangan sekali”, itu memang betul lah.. Cuma,
kenapa kalau berbuat baik perlu berpada-pada? Dari mana lah agaknya datang
prinsip seperti itu, kan?
Apa pun, sahabat.. Mungkin ada
antara kita yang sudah pun terbiasa dengan pegangan seperti itu. Mungkin ada
antara mereka yang fikir, apabila kita berbuat baik kepada orang melebih-lebih,
mungkin orang akan memijak kepalanya ataupun paling-paling orang akan mengambil
kesempatan kepadanya. Kepercayaan itu haruslah dibuang jauh-jauh. Kenapa pula
kita harus takut diambil kesempatan dan dipijak kepala? Dan orang yang dibuat
baik itu, kenapa mahu mengambil kesempatan terhadap orang yang berbuat baik
kepadanya dan mahu memijak kepalanya? Memang ada diajarkah di dalam agama kita?
Astaghfirullah….
Sahabat, kita semua tidak perlu
risau tentang risiko dipijak kepala dan diambil kesempatan oleh orang lain
apabila melakukan perkara baik kepadanya. Tahu tak kenapa? Sebab, dalam agama
kita, kita tidak disuruh untuk mengehadkan perbuatan baik. Taburkanlah segala
kebaikan kepada sesiapa pun tanpa perlu berpada-pada. Bukankah itu lebih baik?
Kita janganlah risau sekiranya
memang ada antara mereka yang cuba mengambil kesempatan terhadap kita. Minta
pertolongan dari Allah supaya diperbetulkan niatnya dan berubah menjadi seorang
yang tahu menghargai kebaikan sahabat kepadanya. InsyaAllah… Mungkin suatu
ketika nanti dia akan berubah… Allah kan ada..
Dan kepada mereka yang mungkin
terambil kesempatan atas kebaikan orang lain dan sebagainya, diharap agar janganlah
melakukan hal seperti itu. Cubalah hargai kebaikannya dan jangan sesekali pijak
kepalanya. Cuba bayangkan jika kita berada di tempatnya. Kita telah berbuat
satu kebaikan terhadap orang lain dan akhirnya dia bukan sahaja tidak
menghargai kita bahkan dia pijak kepala kita. Apa yang kita akan rasa? Mesti kita
tidak suka kan, diperlakukan macam tu? Jadi, apabila hendak melakukan sesuatu
terhadap orang lain, cubalah letak diri kita di tempatnya dan cuba kita rasa
bagaimana perasaaannya apabila diperlakukan seperti itu. Jika baik, maka
teruskanlah.. Jika sebaliknya, tumbuk dada, tanyalah iman.
InsyaAllah sahabat.. Jika prinsip
“buat baik berpada-pada” itu dibuang dari minda setiap kita, insyaAllah
kita semua akan hidup dalam keadaan yang saling menghargai. Ingat sahabat,
kehidupan kita ini, kita tidak akan terlepas daripada bergantung kepada
pertolongan orang lain pada sesetengah waktu. Kadang-kala kita perlu meminta
pertolongan dari orang lain. Sebaliknya, jika kita pernah memijak kepala orang
dan mengambil kesempatan terhadap orang lain, masih adakah yang mahu menolong kita?
Jadi, fikir-fikirkan dan renung-rengungkanlah tentang perkara tersebut. Semoga
kita semua boleh berubah menjadi lebih baik dan tiada lagi yang takut untuk
berbuat baik dan tiada lagi yang membalas kebaikan orang kepadanya dengan
sesuatu yang tidak baik. InsyaAllah…
1 komen dari sahabat:
Slots of the Day: 10 Real Vegas Casino Games (2020)
Slots 전라남도 출장안마 of the Day: 10 Real Vegas 김천 출장안마 Casino Games (2020). If you're looking 의정부 출장마사지 for a classic Vegas 안동 출장마사지 casino experience with a thrilling new 서산 출장안마 gaming experience,
Post a Comment